guard penjara

"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

biarkan mereka.

biarkan dia berlari.
biarkan dia berjalan. 
biarkan budak itu merangkak.
biarkan bayi itu meniarap.
biarkan org tua itu membongkok.
biarkan mak cik itu membebel.
biarkan lelaki itu melepak.
biarkan ayah itu berkerja
biarkan budak perempuan itu menari.
biarkan perempuan itu bercakap.
biarkan pensyarah itu mengajar.
biarkan cleaner itu mengemas.
biarkan kapal itu berlayar.
biarkan burung itu berterbangan.
biarkan kucing itu mengiau.
biarkan daun itu berdesir. 
biarkan lagu itu terus beralun.
biarkan air mata itu terus mengalir.
biarkan lelaki itu terus ketawa.
biarkan anak itu bermanja.
biarkan si ibu itu memasak.
biarkan anak-anak itu berlarian.
biarkan air itu bercurahan.
biarkan mereka itu terus meluahkan.
biarkan lelaki dan perempuan itu berkongsi suka dan duka.
biarkan mereka itu berpimpinan tangan.
biarkan aku dengan hasulinasiku.
biarkan aku sendiri.

kekadang kita.

kekadang kita kat ats.
kekadang kita kat bwh.
kekadang kita jatuh.
kekadang kita bangun.
kekadang kita sakit.
kekadang kita sihat.
kekadang kita benci.
kekadang kita sayang.
kekadang kita rindu.
kekadang kita dekat.
kekadang kita jaoh.
kekadang kita suka.
kekadang kita sedeh.
kekadang kita lapar.
kekadang kita tido.
kekadang kita jalan. 
kekadang kita baring.
kekadang kita lari. 
kekadang kita nangis. 
kekadang kita senyum.
kekadang kita wangi. 
kekadang kita busuk.
kekadang kita suka ayam.
kekadang kita suka daging.
kekadang kita nak kawen. 
kekadang kita tak nk kawen.
kekadang kita peluk. 
kekadang kita garu-garu.
kekadang kita bergerak.
kekadang kita berhenti.
kekadang kita bersemangat.
kekadang kita hilang semangat.
kekadang kita rasa bagus.
kekadang kita rasa tak bagus.
kekadang kita tolong.
kekadang kita biarkan.
kekadang kita hitam.
kekadang kita putih.
kekadang kita kita dgr. 
kekadang kita pekak.
kekadang kita kita nampak.
kekadang kita kabur.

the point is tk semua apa yang kita ada/dapat selama ni semua tetap. semua nya sementara.
belajar dari kesilapan. :)

niat

tiada niat untok tidak meng'update'.
tiada niat untok menbiarkan.
tiada niat untok meninggalkan.
tiada niat untok menyepi.
tiada niat untok pergi.

tapi,

niat hanya untok mengumpol.
niat hanya ingin bersendiri. 
niat hanya memerlukan masa.
niat hanya untok mencari.
niat hanya memikir.